Skim Pinjaman Perumahan (SPP)

1
Skim Pinjaman Perumahan (SPP) adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai tempat kediaman yang asas. Skim ini diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. Kumpulan wang ini telah diluluskan pada 17 Disember 1975 di bawah Akta Acara Kewangan 1957 (pindaan 1972) dan mula berkuatkuasa pada tahun 1976.

Apakah syarat-syarat permohonan SPP?

i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur 21 hingga 60 tahun
iii. Bukan kakitangan Kerajaan (termasuk pasangan)
iv. Belum mempunyai rumah
v. Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM750 hingga RM2,500.00
vi. Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat (cth : ibu, bapa, adik-beradik, suami atau isteri, ibu atau bapa saudara)
vii. Perlu mengambil pelindungan insuran yang disediakan oleh panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina.

Berapakah had pinjaman maksimum SPP?

Had Pinjaman Maksimum RM45,000.00 (tidak termasuk insuran)

Apakah syarat-syarat pembinaan rumah dibawah SPP?

Syarat-syarat pembinaan rumah adalah seperti berikut :-
i. Rumah kos rendah - keluasan lantai 700 – 1000 kakipersegi,
ii. Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
iii. Menggunakan pelan seragam yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara atau pelan sendiri dengan mematuhi syarat di perenggan (i).
iv. Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan.

Dokumen yang diperlukan seperti berikut :-

1. Salinan I/C pemohon.
2. Salinan I/C pemilik/tuan tanah
3. Salinan KWSP
4. Salinan geran tanah
5. Bank statement (3 bulan)
6. Slip gaji (3 bulan)
7. Sekeping Gambar berukuran passport


***Proses untuk lulus dari Jabatan Perumahan Negara hanya beberapan bulan sahaja . Ianya bukan pinjaman melalui bank. Ianya pinjaman melalui Jabatan Perumahan Negara..Geran tanah pula perlu dicagar/disimpan di pejabat tanah persekutuan selama berapa tahun yang pemohon ikat.
***Lokasi rumah yang sedang dalam proses pembinaannya adalah di Segamat Johor iaitu rumah yg pertama dan sebagai rumah contoh.
***Rugi sekiranya anda mempunyai tanah tetapi tidak mampu untuk membina rumah. Kami disini sedia membantu anda untuk merealisasikan impian anda untuk memiliki rumah sendiri hanya dengan harga rm45,000 (tidak termasuk insurans) sahaja dan bayaran bulanan yang sangat rendah.
***Sekiranya anda berminat dengan skim pinjaman perumahan (SPP) dan mempunyai tanah sendiri dan mempunyai ciri-ciri di atas untuk memohon bolehlah menghubungi SYARIKAT PEMBINAAN ABAD TEGUH
***Skim Pinjaman Perumahan (SPP)ini adalah untuk membantu mereka-mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana yang tidak bekerja dengan kerajaan.
***Prosedur untuk memohon rumah SPP amat senang. Hanya perlu menyediakan dokumen seperti di atas dan sediakan rm20 untuk surat sumpah itu sahaja. Selepas kami menerima dokumen anda, kami akan memberi borang kepada anda untuk anda isi dengan lengkap dan borang tersebut hendaklah dikembalikan kepada pihak kami semula.Bayaran bulanan akan dibuat selepas siap pembinaan/selepas siap rumah.
***Proses untuk lulus dari jabatan perumahan Negara hanya 4-6 bulan

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 01123582336 (jenny)

1 Response to "Skim Pinjaman Perumahan (SPP)"

  1. Apakah Anda berpikir untuk mendapatkan pinjaman? Anda benar-benar membutuhkan pinjaman mendesak untuk memulai bisnis Anda sendiri? Apakah Anda berhutang? Ini adalah kesempatan Anda untuk mencapai keinginan Anda, kami memberikan pinjaman pribadi, pinjaman bisnis dan semua jenis pinjaman dengan bunga 2% untuk informasi lebih lanjut hubungi kami melalui email (pattersonnullloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
Add Comment

Comment dengan cermat, dilarang sama sekali membuat Spam