Anda pemilik rumah teres atau kembar dua tingkat dan merancang mahu membesarkan bahagian belakang rumah anda? Itu satu perkembangan yang baik. Apabila ada rezeki apa salahnya melakukan ubahsuai supaya kediaman menjadi lebih selesa buat anda sekeluarga.
Jika anda merancang untuk menambah tingkat bawah sahaja, antara satu isu yang anda perlu putuskan adalah samada anda mahu bangunan tambahan itu dibina dengan bumbung slab konkrit atau bumbung genting. Dalam hal ini anda perlu bertanya kepada diri anda samada ada atau tidak kemungkinan anda mahu menyambung tingkat atas kemudian nanti.
Jika jawapannya ada, maka eloklah anda pilih untuk terus membina bumbung slab konkrit bagi mengelakkan ketidakselesaan serta kos penambahan tingkat atas menjadi tinggi jika anda melakukannya nanti.
Dengan bumbung slab konkrit bermakna kerja menambah tingkat atas menjadi jauh lebih mudah. Lebih penting lagi tingkat bawah tidak perlu diganggu. Jika anda memilih bumbung genting, penambahan tingkat atas bermakna bumbung anda perlu dibuka bagi membolehkan struktur-struktur bangunan di sambung dan lantai konkrit baru dibina.
Jika anda sudah melengkapkan bahagian bawah dengan kabinet dapur atau kemasan lain, mungkin semuanya perlu dibuka atau diolah semula. Ia akan menyebabkan ketidakselesaan dan kos yang tinggi. Itu belum lagi jika kontraktor anda tidak membina tapak yang mampu menampung beban untuk bangunan dua tingkat.
Sebaliknya jika anda beritahu kontraktor bahawa anda merancang untuk menambah tingkat atas pada masa depan dan mahukan bumbung slab konkrit maka tapak bangunan juga boleh dibina mengikut keperluan tersebut. Selain itu, dengan sedikit kos tambahan anda boleh menggunakan bahagian atas sebagai balkoni.
Anda hanya perlu membuka satu pintu dari salah satu bilik. Anda boleh gunakan ia sebagai ruang jemuran atau apa saja sementara anda mengumpul bajet untuk membuat sambungan seterusnya. Dan apabila masanya tiba untuk anda menyempurnakan niat anda itu, semua asasnya sudah tersedia.

Berapa rm sekaki.20x25
ReplyDeleteStandard charge rm 150,,tp biasa kita kira lum sump,,tak kira kaki
DeleteStandard charge rm 150,,tp biasa kita kira lum sump,,tak kira kaki
Deleteingin mendapat kepastian.. adakah betul bumbung slab kelebaran mengunakan 2 tiang kiri kanan hanya maksima 20kaki lebar? jika 20>24kaki harus mengunakan 3 tiang sokongan.. adekah benar? jika tidak akan crack dimasa hadapan
ReplyDeleteSaya nak buat slab untuk porch kereta rumah teres 2 tingkat.
ReplyDeleteBerapakah jarak tiang slab hadapan dari pagar rumah atau jalan yg dibenarkan oleh majlis pembandaran.
kalau slab 20 x 26 kaki berapa kos?
saya bercadang tukar atap porch genting (rumah teres)kepada konkrit slab, luas kira-kira 400kps. Berapa anggaran kosnya?
ReplyDelete