Bata merah atau bata putih

0
Bata merah atau bata putih merupakan istilah biasa yang digunakan untuk merujuk kepada bata tanah liat (merah) dan bata pasir (putih). Bata tanah liat atau bata merah dibuat dari campuran tanah liat dan pasir yang dibakar. Bata putih pula dibuat dari campuran pasir, simen dan air.

Di Malaysia bata putih adalah lebih popular digunakan dalam projek-projek perumahan.

Sekilas fakta, bata merah lebih kuat dari bata putih pada kadar 2 – 3 kali ganda lebih kuat. Selain itu bata merah juga lebih lambat menyerap lembapan berbanding bata putih pada kadar yang sama. Dinding yang dibina dengan bata putih lebih berisiko mengalami keretakan berbanding bata merah.

Dan dinding dengan bata merah dikatakan mampu menahan haba lebih baik dari bata putih menjadikan rumah lebih sejuk dalam cuaca yang panas.


Batu merah berkualiti tinggi boleh menjadi dinding tanpa plaster dan memberi kesan visual dan estetika yang unik dan menarik. Batu merah berkualiti tinggi boleh menjadi dinding tanpa plaster dan memberi kesan visual dan estetika yang unik dan menarik.

Bata merah agak mahal sedikit berbanding bata putih dan ini biasanya menyebabkan kontraktor meletakkan harga lebih tinggi jika anda meminta mereka memasang bata merah. Jika kualiti biasa, perbezaan harga per unit kecil saja. Tetapi harga akan lebih mahal lagi jika anda mahu batu merah berkualiti tinggi dan tidak mahu ia diplaster.

Jadi adakah anda patut menggunakan bata merah atau bata putih untuk projek ubahsuai rumah anda? Terpulang kepada anda. Jika hanya melibatkan ubahsuai kecil seperti menambah dapur, tidak ada banyak beza dari segi kos mahupun kesan-kesan yang lain.

Tek Oleh Nazli Kimin

Article By http://www.senihias.com/

0 Response to "Bata merah atau bata putih"

Post a Comment

Comment dengan cermat, dilarang sama sekali membuat Spam