Cat Ulang Dinding Rumah

0
Color Design


Kenapa dinding rumah perlu dicat semula?

Alasan Pertama: Ingin bertukar suasana dengan menukar warna cat dinding lama dengan warna berbeza dengan warna sebelumnya.

Kedua: Keadaan cat dinding diruang tersebut sudah mulai pudar atau rosak, kerana termakan usia ataupun disebabkan oleh kebocoran bumbung yang pada akhirnya merosakkan lapisan cat.


Emosi kita hampir dipengaruhi oleh suasana rumah sebenarnya. Dah beberapa tahun tak tukar dan ingin menukar suasana rumah? Salah satu cara dengan mengecat dinding rumah anda semula. Ada beberapa cara agar cat dapat melekat dengan baik dan menghasilkan suasana rumah yang sempurna.
Secara amnya,banyak perkara yang perlu diteliti terlebih dahulu. Perkara yang perlu dilakukan ketika akan mengecat semula adalah mempersiapkan dinding untuk dicat kemudian cat dengan lapisan cat asas pada dinding.

Cat Dinding Semula

Sebelum mula mengecat, anda sebaiknya memeriksa keadaan dinding. Hal yang dinilai antara lain dengan mengukur kelembapan dinding, sebaiknya kelembapan dinding bernilai rendah. Hal lain dengan memeriksa apakah ada rembesan pada dinding, celah, retak atau bekas paku.

Jika berlaku keadaan tidak sesuai seperti contoh diatas, perbaiki dinding terlebih dahulu sebelum mula mengecat. Untuk dinding yang lembap dan rembes, boleh dicari tahu penyebabnya dan diperbaiki. Jika terdapat retakan atau bekas paku, perlu ditampal dulu supaya dinding menjadi rata. Setelah dibaiki boleh mengecat semula dinding. Berikut adalah langkah-langkahnya :-

Tentukan Warna Cat
Tentukan warna cat untuk ruang yang ingin dicat.  Pelbagai warna sekarang  mungkin menjadi pilhan anda. Untuk bantuan, anda boleh berbincang dengan keluarga atau perunding pereka dalaman. Yang penting, warna yang dipilih hendaknya bersesuaian dengan perabot di ruang yang anda ingin mengecat. Tujuannya, agar cat warna tidak terasa pelik dan asing.

Lindungi Perabot
perabot didalam ruang yang ingin dicat haruslah dijaga agar tidak terkena percikan atau titisan cat. Oleh yang demikian, pindahkan perabot ke tempat yang lebih selamat atau balutkan dengan kertas atau plastik. Jika anda menggunakan lantai parket, jangan lupa untuk menutupnya kerana cat mudah meresap dan sukar dibersihkan.

Kikis cat lama dan bersihkan dinding
Cat lama sebaiknya dikikis agar cat baru melekat dan menghasilkan warna yang baik. Bersihkan dinding dari kotoran atau kulat (tompok-tompok hitam) agar cat baru dapat melekat sempurna. kulat boleh dibersihkan dengan cara mengkikis kemudian membuat sapuan lapisan anti kulat. Untuk cat yang banyak kotoran, boleh dibasuh dengan air yang dicampur dengan cecair sabun, sambil menolak dengan berus dawai.

Lapisi dengan Cat Dasar
Cat dasar yang umum digunakan adalah dengan lapisan wall sealer. Fungsinya adalah agar cat baru dapat melekat dengan sempurna dengan dinding atau dengan cat lama yang masih melekat. Ia memberi kesan yang lebih rata, cantik dan sempurna cat baru.

Jika permukaan dinding telah dikikis sehingga ke simen, cat asas yang sesuai digunakan adalah cat dasar yang bersifat alkali resisting.Tujuan dilapiskan bersama alkali resisting adalah bagi cat akan sukar melekat, sehingga dalam beberapa lama cat jadi menggelembung atau tidak stabil. Pengaplikasian cat asas juga berguna agar warna yang diingini muncul sempurna. Cat dasar jangan dicampurkan dengan pencair.

Lapiskan dengan Lapisan Pertama
Sebelum lapisan dengan cat pertama, pastikan cat dasar telah kering sempurna. Untuk lapisan pertama, cat dicampur dengan pencair anatara 5% -20%. Sebagai bahan pencair, boleh menggunakan pencair atau air.

Lapisi dengan Lapisan Kedua
Ulangi pengecatan selepas lapisan cat pertama kering. Tujuannya agar didapatkan warna yang sesuai dan sempurna. Cat lapisan kedua juga tetap dicampurkan pencair dengan hidangan yang sama (5-20%)

info dari : renovationrumah2u.com/

0 Response to " Cat Ulang Dinding Rumah"

Post a Comment

Comment dengan cermat, dilarang sama sekali membuat Spam