Nak pasang WALLPAPER? baca sini!

1


Kita sering kali bosan dengan suasana rumah dan inginkan kelainan. Selain dari mengecat dinding, ada segelintir orang lebih suka kepada menghias dinding dengan kertas dinding. Kerja dalam melekatkan kertas dinding perlulah teliti agar kertas dinding nampak cantik dan kemas. Pemasangan yang rapi membuatkan ia lebih tahan lama. Bagi menggantikan wallpaper dan pembelian wallpaper yang baru, perlukan modal yang tinggi.Kerana kos untuk mengkikis dan mngupas juga sudah cukup mahal.

wallpaper di bilik air

Secara am nya, mngecat rumah dengan warna yang lembut membuatkan suasana lebih tenang dan tenteram. Namun bagi yang melekatkan wallpaper di satu sudut sebagai titik tumpu memberi kelainan kepada sesuatu ruang seperti di ruang tamu rumah anda. Walau bagaimanapun, dalam pengambilan wallpaper haruslah bersesuaian agar tidak kelihatan pelik dan janggal kepada yang melihatnya.Kombinasi tema,gaya,aliran design dan warna memainkan peranan dalam memilih wallpaper yang bersesuaian. Bab ini akan diterangkan dengan teliti selepas ini.


ruang tamu

Jika anda baru ingin mencuba dalam penampalan wallpaper, kami sarankan agar anda membuat dalam ruangan yang kecil terlebih dahulu atau satu sudut sahaja sebagai satu titik tumpu. Tanya kepada bahagian pakar hiasan dalaman atau sales assistant dari kedai peralatan hiasan dalaman. Pastikan ianya sesuai dan mengikut citarasa anda.Jika anda pernah memakai wallpaper dan ingin menukar, gunakan khidmat mana-mana pakar atau anda membuat sendiri dengan menggunakan cecair atau bahan kimia tertentu.

cara pemasangan wallpaper


Pekerjaan mengupas kertas dinding lama dengan cecair atau bahan kimia bukanlah kerja rumah yang mudah.Perkara yang paling penting ialah perlu berhati-hati dan teliti dalam membuat kerja. Jika ingin memasang sendiri wallpaper dirumah anda. Pertama, Perhatikan juga ketika anda melumuri dinding dengan bahan pelekat kertas dinding, pastikan lapisan kertas dinding telah berada pada kedudukan yang rapi dan lurus. Kedua, ketika wallpaper telah dilekatkan pada bahagian dinding, segera bersihkan sisa pekerjaan anda untuk mencegah kertas dinding anda kotor atau tercemar.

wallpaper simple

elegant wallpaper

bamboo wallpaper

Full wallpaper

wallpaper di ruang makan

Pelbagai corak dan reka bentuk wallpaper sebenarnya. Dari wallpaper yang ringkas kepada yang padat. Ianya juga terbahagi kepada wallpaper yang sesuai untuk sudut mana. Contohnya kawasan public dan private (keluarga sahaja yang melihatnya) misalnya ruang tamu keluarga atau bilik mandi. Anda boleh memilih corak wallpaper yang paling anda suka, memilih warna wallpaper untuk menghasilkan hiasan dalaman yang unik, sesuai dengan idea dan keinginan anda. Jika kawasan public kami cadangkan mengikut cadangan orang lain juga agar tidak kelihatan pelik dan janggal.

1 Response to "Nak pasang WALLPAPER? baca sini!"

  1. Kita sering kali bosan dengan suasana rumah dan inginkan kelainan. Selain dari mengecat dinding, ada segelintir orang lebih suka kepada menghias dinding dengan kertas dinding. Kerja dalam melekatkan kertas

    ReplyDelete
Add Comment

Comment dengan cermat, dilarang sama sekali membuat Spam