Tips Bersihkan Marmar Kotor

0
Marmar

Marmar mempunyai sifat liang-liang yang cukup besar. Dan perkara yang sering terjadi ketika marmar tertumpah cecair berwarna, cecair tersebut akan diserap dan meninggalkan kesan warna pada marmar anda.

Ketika dirumah,marmar anda tertumpah cecair berwarna, segeralah anda membersihkannya sebelum kotoran tersebut memasuki liang-liang marmar. Namun anda juga perlu berhati-hati kerana permukaan marmar mudah rosak apabila anda menggunakan cecair pembersihan yang terlalu keras.

Bagaimana nak bersihkan marmar?

Anda boleh cuba tips berikut untuk membersihkan noda di marmar anda dengan menggunakan cecair pembersihan yang lebih lembut. Cadangan kami, sebelum cuba membersihkan di kawasan tersebut, cubalah dulu di sedikit bahagian untuk melihat bagaimana kesan menggunakan  pada permukaan marmar anda.

Untuk membersihkan marmar yang kotor, boleh menggunakan sabun cecair pencuci pinggan biasa. Ini kerana cecair pencuci pinggan tidak terlalu kuat dan tidak merosakkan struktur marmar. Caranya tuangkan cecair sabun pencuci pinggan dan sapukan pada permukaan yang terkena kotoran dengan mengikuti arah serat marmar sampai noda menghilang.

Jika kotoran sudah mula diserap ke dalam liang-liang marmar, boleh dicuba menggunakan cecair peluntur untuk memutihkan pakaian pula. Cara membersihkannya dengan menuang beberapa titis cecair peluntur ke permukaan marmar yang terkena noda. Tutup dengan tisu yang juga telah diberi sedikit cecair peluntur. Tunggu beberapa saat sehingga kotoran pindah ke tisu. Ulangi beberapa kali kalau kotoran terlalu pekat sehingga bersih. Terakhir permukaan marmar boleh dibersihkan lagi dengan sabun cair.


Semoga membantu.

info : Google.com

0 Response to "Tips Bersihkan Marmar Kotor"

Post a Comment

Comment dengan cermat, dilarang sama sekali membuat Spam