Lantai Vinyl Lantai Kayu Modern Trending Masa Kini

0
Lantai Kayu Vinyl, PVC
Lantai Vinyl Lantai Kayu Modern Tranding Masa Kini. kebanyakan rumah menggunakan lantai vinyl berbanding lantai linoleum. Lantai vinyl lebih dikenali kerana ianya kalis air, tahan lebih lama, senang dijaga dan juga boleh digunakan dengan lasak di mana-mana bahagian rumah anda.

Lantai vinyl adalah sejenis lantai sintetik yang membaluti bahan-bahan asas plastik atau PVC.
Jenis lantai vinyl yang paling terkenal adalah lantai vinyl dalam bentuk gulungan yang besar. Tetapi anda juga boleh mendapatkan lantai vinyl dalam bentuk jubin vinyl dalam bentuk kepingan segi empat keras, atau juga dalam bentuk papan yang boleh disusun bersama-sama.
Meskipun asalnya lantai vinyl mula dihasilkan pada era 1040-an, tetapi sehingga kini ianya telah melalui banyak penambahbaikan. Lantai vinyl hari ini datang dengan pelbagai jenis reka bentuk dan tekstur yang membuatnya kelihatan seperti jubin seramik, lantai hardwood, atau juga seperti batu.
Dengan pilihan yang banyak sekali, ianya tidak lagi dilihat sebagai “pilihan-murah” kerana semakin mendapat sambutan, diminati, dan dipercayai oleh masyarakat.
Namun, dengan terlalu banyak pilihan di pasaran, agak sukar juga untuk membuat pilihan lantai vinyl yang sesuai untuk kediaman anda.

Apakah jenis lantai vinyl yang terdapat di Malaysia?

Lantai vinyl yang biasanya digunakan adalah dalam bentuk kepingan lembut atau dipanggil kepingan vinyl. Tetapi, anda juga boleh mendapatkan lantai vinyl yang lebih tebal, kalis air, dan berjubin segi empat (yang juga dipanggil sebagai jubin komposit vinyl. Terdapat juga versi lantai vinyl yang premium yang dikenali sebagai vinyl luxury, sama ada dalam bentuk jubin atau papan. Bahagian-bahagian seterusnya berkenaan:


Dengan mempunyai ciri-ciri daya tahan dan kalis air yang tinggi, kepingan vinyl amat sesuai kerana penyelenggaraan penggantian yang rendah. Lantai vinyl daripada gulungan besar akan dipotong mengikut bentuk dan saiz lantai rumah anda. Memandangkan ianya dalam bentuk gulungan besar, ianya juga bagus digunakan sebagai lantai bilik air dan juga dapur untuk mengurangkan risiko daripada air merosakkan lantai asas anda.
Namun, lantai vinyl ini adalah tidak sama dengan lantai PVC yang nipis yang biasanya digunakan di rumah-rumah desa. Lantai vinyl moden mempunyai ketebalan 2mm disamping mempunyai lapisan busa di tengahnya, jadi ianya lebih keras, tetapi juga lembut untuk dipijak. Ianya juga ringan dan mudah untuk dipasang bukan sahaja pada lantai, tetapi juga pada dinding atau siling, maka anda boleh membina kediaman idaman anda dengan reka bentuk yang konsisten.

0 Response to "Lantai Vinyl Lantai Kayu Modern Trending Masa Kini"

Post a Comment

Comment dengan cermat, dilarang sama sekali membuat Spam