Pemasangan Lantai Kayu dan Tips Penjagaannya

1
Lantai Kayu Vinyl

Lantai Kayu Vinyl atau lantai jenis material yang lain seperti PVC, Laminate adalah Lantai Kayu yang paling ramai orang guna sekarang. Sebab itu kami terpanggil untuk menulis tips-tips penjagaanya. Apa sahaja barang-barang kesayangan kita, kalau kita jaga masti dia akan tahan lama.

Tips penjagaan Lantai Kayu Vinyl:

1. Jangan guna steam cleaner atau mop yang basah untuk membersihkan lantai vinyl anda. Ia akan menyebabkan permukaan kemasan mudah tertanggal dan rosak

2. Segera bersihkan kotoran yang terkena pada permukaan lantai vinyl. Jika dibiarkan lama, bukan sekadar kotoran sukar dibersihkan, silap-silap rongga lantai vinyl menyerap terus, gunakan kain lembut yang lembap untuk membersihkan kotoran pada lantai

3. Untuk kotoran degil seperti minyak, cat, makers, lipstick, dakwat dan sebagainya gunakan nail polish remover Bersama kain putih yang lembut. Kemudian, lapkan dengan tuala lembap

4. Gunakan penyapu jenis lembut atau vacuum dengan berus yang lembut secara kerap untuk membersihkan habuk yang melekat pada celah-celah penal vinyl. Jangan gunakan berus yang kasar kerana ia akan mencalarkan permukaan vinyl anda

5. Gunakan sabun pencuci yang dikhaskan untuk kegunaan lantai laminate. Atau gunakan sahaja air bersih. Elak gunakan pencuci yang mempunyai peluntur

6. Jangan cuci atau lap lantai vinyl dengan produk yang mempunyai sabun kerana ia akan menyebabkan permukaan vinyl kelihatan kusam, melengkung tercabut dan sebagainya

7. Elak menggunakan berus, kain atau penyapu yang mempunyai jalinan metal seperti steel wool kerana ia akan menyebabkan permukaan vinyla bercalar halus dan lama-kelamaan ia kelihatan kusam

8. Jagan gunakan sebarang peralatan atau perkakas untuk mengilatkan lantai pada permukaan vinyl

9. Untuk permukaan yang terkan lilin atau gula getah yang melekat dan sukar untuk ditanggalkan, ambil beberapa ketul ais dan sapukan pada permukaan yang terka. Bila lilin atau gula getah tersebut telah keras sepenuhnya, kikis dengan menggunkan sekera plastik yang digunkan untuk baking dan kikis perlahan-lahan

10. Jangan heret atau tolak barang yang berat di atas permukaan vinyl, ia akan menyebabkan permukaan lantai calar dan strukturnya rosak

Ini adalah 10 tips untuk penjagaan Lantai kayu supaya ianya tahan lama. Warenti daripada kilang  sampai 10 tahun. Tapi lebih selamat kalau kita sendiri yang menjaganya.

Jangan lupa Kami jual dan pasang lantai Kayu Vinyle disekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Lihat offer terkini di Halaman Utama website ini.

1 Response to "Pemasangan Lantai Kayu dan Tips Penjagaannya"

  1. Lantai Kayu Vinyl atau lantai jenis material yang lain seperti PVC, Laminate adalah Lantai Kayu yang paling ramai orang guna sekarang. Sebab itu kami terpanggil untuk menulis tips-tips penjagaanya. Apa sahaja barang-barang kesayangan kita, kalau kita jaga masti dia akan tahan lama.

    ReplyDelete
Add Comment

Comment dengan cermat, dilarang sama sekali membuat Spam